KILAUAN PERMATA.........

Thursday, May 24, 2012

hurm....tinggal lagi 7 hari nak balik...result keluar hari isnin ni..taut pulak hati aku neh.
apa aku nak buat masa cuti ni ek???
 aku teringin nak pergi perak..lama sangat tak pergi perak. nak pergi jejalan kat batu gajah, setiawan dan lumut. kalau kesempatan nak je angkat kaki pergi pulau pangkor..hehe
lepas tu aku kene kuruskan badan. dah berat sangat dah. BMI pun 28 dah- overweight. sampai aku dah tergolong dalam satu group membudayakan amalan cara hidup sihat. program ni samam je dengan the biggest loser dalam tv tu tapi ayat tu beradab cikit..huhu
hadiah untuk sesiapa yang turun berat badan paling banyak rm150 je.. tapi ok la.. lagi pun aku ni memang dah niat nak kuruskan badan.. maklum lah aku kan nak jai nurse dah..
sape2 yang cakap aku ni malang tergolong dalam group ni- aku ingat nama die(.......) ko tengok lah nanti.. even kalau BMI ko 19.++, jangan ingat ko cantik ek.. nanti laun aku dah kurus jangan jeles plak, dapat duit lagi tu..hahha
so aku kenelah pantang makan dan berjoging bile balik rumah nanti.adus..boleh ke?? lau malaysia boleh kenapa tidak aku pun boleh!!! hahha
elaun aku dah masuk, tapi aku belum lagi amek sesen pun.. bagus aku kan? tak pernah aku sebagus ni..
hajat aku aku nak beli beberapa barang yang dah lama aku nak beli.. dulu tak boleh beli sebab ada je nak kene bayar, so bulan ni dah tak der pape, aku nak beli barang tu..tak mahal pun,maybe dalam 150 je..hurm~ ni  semua aku nak bat bile balik rumah nanti. tapi tengoklah rsult macam mane..same2 lah doakan semoga aku lulus semua subjek untuk sem II  ni dan juga lulus osci..amin~ tak sabar nak balik tapi sebelum balik aku nak mintak tukar bilik dulu. tamau dah duduk dengan budak hingusan....:->

Sunday, May 20, 2012

SEMPURNA SUDEYH~......

sempurna sudah majlis akad nikah dan majlis persandingan kakak aku ni adilah. huhu...walaupun mukanya garang tapi hatinya baik hehe....kepada abang ipar baruku, welcome to our family, en.nizam!!
majlis akad nikah, aku tak dapat hadir cz aku kat dalam bus...sampai pagi tu aku dah start kene wat kerja.. seperti biasa sediakan meja makan beradab, itu ini....tapi walaupun penat aku tetap happy cuz dapat bantu family aku...petang semalam duk bukak adiah, aku dapat heater..hahaha
malam tadi naik bus shamisha, sayu hati aku nak tinggalkan rumah, tapi tapa aku janji aku balik 2 minggu lagi aku balik!
aku baru sampai kolej pagi tadi..berkejar tadi nak pergi tengok and bagi support afiqah nyanyi...macam la aku ni orang penting..haha. maklumlah pa S...
duk rumah 2hari, aku rase happy sangat2, tapi bila sampai kolej aku sedih.. aku kalau boleh undur masa aku tak nak pun datang sini..hurm~... xbesh langsung duk sini..sume orang berlagak bijak jer...
tapi sem dua dah dekat nak habis da.. moga2 aku lulus sume subjek dan dapat balik awal...im coming home, coming home, tell the world im coming home..

Friday, February 24, 2012

my e-day : 23/1/2012



tanggal 23/1/2012- aku selamat manjadi tunang kepada encik kamarul akmal..ayat macam poyo je kan. alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.
pada pagi majlis tu rasa ok je, tapi dah dekat dorang nak sampai, dup dap jantung aku..
bila nak disarungkan cincin tu lagi berdebar.. muka rase macam flushed je tau.. fuh~...
tap ok lah, semua da lepas dan lancar..hehhe

Sunday, January 16, 2011

2011- MY GOALS & PLANNINGS

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM...(dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani)
assalamualaikum....

hye... sori sebab lambat ucap "SELAMAT TAHUN BARU 2011"..tahun ni ada banyak azam dan perancangan..dengan izin Allah,sumenye akan termakbul...


1- cube dan berusaha untuk mengumpul "uang" yang banyak....insyaAllah

2- find a new job- yang mane lebih best,mencabar, dan gaji yang banyak....(serius neyh!!)

3- change my bad attitude
     #ape ek? terase mcm takde bad attitude pown..hua3...tapi akan cube untuk betulkan diri yang xberape betul nie....maklumlah..kite kan hamba Allah yang lemah dan sentiasa wat silap

4- teringin nak pakai kasut yang tingginyer 5'...agak2 jauh mane leh jalan tu????haha

5- nak turunkan berat badan yang memang sedia berat ney...insyaAllah

6- lelaki: baik ati,tak pakai suar pendek keh bile keluar @ jumpe mak mentua,bulih berjimat-cermat

7- nak jumper geng perak tengah yang besh sangat2 tu...nak lepak kat pangkor ag ngan korang...nak lari bile kene kejar ngan anjing kat tepi laut....nak menyelam kat pulau buaya tu...nak bagi ikan makan...nanti kite jumpe ek geng perak tengah

8- cube untuk berjumpe "him" sebulan sekali...really hard to make this decision.. but he knows....

9- insyaAllah this year..............................huhu...

sume ni akan cube dimakbulkan tahun ini..amin....


 with love,
surayya







Monday, December 20, 2010

:: mencari ketenangan::

BAGAIMANA MENCARI KETENANGAN JIWA

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah


HIBURAN YANG DIANJURKAN ISLAM
 
Hiburan sejati ialah hiburan yang bertapak di hati. Ia boleh membawa hati yang tenang. Syarat bagi ketenangan hati itu ialah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman. Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya :
“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.
(Surah Al-Ra‘ad: 28)


Oleh itu orang yang beriman akan mendapat hiburan dengan cara berhubung dengan Allah dengan melaksanakan perintah, kewajipan, melakukan perkara-perkara yang disunatkan seperti zikir, puasa, sedekah dan lain-lain seumpamanya, berinteraksi dengan alam ciptaan Allah, dan menerima segala ketentuan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Apabila melaksanakan perintah Allah, mereka terhibur kerana merasakan perintah itu datang daripada kekasihnya. Kalau yang menyuruh itu kekasih, tidak ada yang disusahkan bahkan kegembiraan yang akhirnya membawa ketenangan. Mereka rasa seronok dan terhibur dengan ibadah tersebut.
Orang mukmin juga rasa terhibur dengan warna kehidupan yang dicorakkan oleh Allah. Hatinya sentiasa bersangka baik dengan Allah, membuatkannya tidak pernah resah. Apabila diberi nikmat mereka rasa terhibur, lalu bersyukur. Diberi kesusahan, mereka terhibur, lalu bersabar. Mereka yakin dengan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :
“(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya selain daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.
(Surah Al-Baqarah: 138)

Orang yang beriman juga akan terhibur apabila melihat alam ciptaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Mereka merasa tenang, bahagia dan gembira melihat pantai, bukit bukau, langit, laut dan sebagainya. Melihat, mendengar dan berfikir tentang keindahan itu sudah cukup bagi mereka merasai keindahan alam dan kebesaran penciptaNya. Sifat sedemikian merupakan sifat orang-orang yang bertaqwa iaitu orang yang berusaha memelihara dirinya daripada menyalahi hukum dan undang-undang Allah Ta‘ala. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala tafsirnya :
“Sesungguhnya pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa”.
(Surah Yunus: 6)

Selain itu mereka ini dapat menghayati maksud sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya:
“Sesungguhnya Allah itu indah. Dia suka keindahan”.
(Hadis riwayat Muslim )

Islam tidak menolak hiburan dari luar selama hiburan luar itu boleh menyumbang dan menyuburkan lagi hiburan dalaman hati dengan syarat ia mematuhi syariat. Alunan ayat suci Al-Qur‘an, selawat yang memuji Nabi, lagu yang menyuburkan semangat jihad, puisi atau syair yang menghaluskan rasa kehambaan kepada Tuhan, pasti akan menyuburkan lagi iman mereka. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya:
“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Qur‘an yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah”.
(Surah Al-Zumar: 23
)
FirmanNya lagi yang tafsirnya :
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementerlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”.
(Surah Al-Anfaal: 2)

Dan firmanNya lagi yang tafsirnya :
“Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya”.
(Surah Al-Hajj: 35)

Semua ibadat jika dilaksanakan dengan penuh perhatian, pasti akan memberi ketenangan jiwa, lihat sahaja ibadat sembahyang, sekalipun merupakan suatu kewajipan orang Islam, ia juga suatu hiburan yang kekal yang menjadikan hati orang yang beriman dan bertaqwa itu terhibur dengan sembahyang kerana mereka terasa sedang berbisik-bisik, bermesra, mengadu dan merintih dengan kekasih hatinya iaitu Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa dengan sembahyang, hati orang beriman dan bertaqwa sudah terhibur, Baginda bersabda yang maksudnya :
"Di antara kesenangan dunia yang aku sukai ialah wanita, wangi-wangian dan penenang hatiku adalah sembahyang”.
(Hadis riwayat Al-Nasa‘ei)